GSC hari ini telah mengumumkan yang cawangan mereka di Central Square, Sungai Petani, Kedah akan ditutup pada 6 Jun 2024 dengan tayangan terakhir di pawagam tersebut adalah pada 5 Jun. Cawangan ini dibuka pada tahun 2022 dengan menggantikan MBO, ia mempunyai 8 dewan dengan kapasiti 1,158.

Seperti diumumkan sebelum ini, GSC ingin memfokuskan cawangan-cawangan mereka di kawasan yang strategik, mereka menutup cawangan ini dan akan memberi fokus kepada cawangan GSC Amanjaya Mall yang berada lebih kurang 6 kilometer sahaja daripada cawangan ini.

Pada tahun ini, GSC telah menutup tiga cawangan iaitu GSC 3 Damansara, GSC Klang Parade dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi. Mereka juga membuka satu cawangan iaitu GSC KL East Mall.

Sohor Kini