Selepas pertarungan di peringkat liga berakhir, 6 pasukan kini tinggal di Peringkat Kalah Mati untuk merebut hadiah terkumpul RM468 ribu dan juga peluang untuk mewakili Malaysia ke Mid Season Cup (MSC) 2024 yang akan berlangsung di Piala Dunia Esukan di Riyadh, Arab Saudi bulan Jun ini.

Jika anda tidak ingin terlepas Peringkat Kalah Mati ini, jualan tiket untuknya sudah bermula dan anda boleh layari laman Ticket2u untuk maklumat lanjut dan juga melakukan pembelian. Berikut adalah jadual untuk setiap hari kejohanan:

30 Mei:
Todak lwn King Empire
RSG Malaysia lwn Team HAQ
Tiket: Kemasukan adalah percuma (masuk terus)

31 Mei & 1 Jun:
Separuh Akhir Upper Bracket
Separuh Akhir Lower Bracket
Akhir Upper Bracket
Akhir Lower Bracket
Tiket: Terrace Seating percuma (masuk terus), Ground Floor – RM10

2 Jun:
Peringkat Akhir
Tiket: Terrace Seating – RM10, Ground Floor – RM20

Kesemua perlawanan akan menggunakan format Bo5 kecuali Peringkat Akhir yang akan menggunakan format Bo7.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini