Ubisoft telah melancarkan secara rasmi XDefiant iaitu permainan menembak arena FPS berdasarkan siri permainan mereka. Permainan ini boleh dimainkan secara percuma dan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

XDefiant akan menyertakan lima Faction berdasarkan permainan Ubisoft yang lain iaitu The Cleaners (The Division), Libertad (Far Cry 6), Echelon (Splinter Cell), DedSec (Watch Dogs 2) dan Phantoms (Ghost Recon Phantoms).

Buat masa ini, setiap Factions mempunyai tiga watak, akan tetapi hanya satu daripada setiap Factions boleh digunakan pada awal permainan, dengan watak-watak lain perlu dibuka dengan menyelesaikan misi di dalam permainan.

Terdapat dua mod permainan iaitu Arena yang dibahagikan kepada tiga iaitu In Domination, In Occupy dan In HotShot manakala satu lagi mod adalah Linear yang mempunyai dua jenis iaitu Zone Control dan In Escort.

XDefiant akan menerima kandungan baharu mengikut musim iaitu satu Faction baharu, tiga peta baharu, tiga senjata baharu dan kandungan-kandungan lain. Anda boleh layari laman rasmi untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini