Square Enix telah mengumumkan yang pemain di PC boleh mendapatkan siri permainan Kingdom Hearts melalui Steam bermula pada 13 Jun 2024, selepas dilancarkan melalui Epic Games Store pada tahun 2021.

Mereka juga berkongsi treler pengumuman yang menyertakan lagu “Simple And Clean” oleh Hikaru Utada yang dirakamkan semula.

Siri permainan yang ditawarkan di Steam adalah Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX, Kingdom Hearts 2.8 Final Chapter Prologue, Kingdom Hearts III + Re Mind dan juga berkas untuk ketiga-tiga iaitu Kingdom Hearts Integrum Masterpiece.

Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX di Steam akan menerima kemaskini untuk tekstur manakala yang membeli Kingdom Hearts III + Re Mind akan mendapat Keyblade eksklusif “Dead of Night”.

Sohor Kini