CD Projekt Red telah melancarkan aplikasi The Witcher 3 REDkit iaitu aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan mod bagi permainan tersebut, melaluinya pengguna boleh mendapat akses pelbagai peralatan yang digunakan oleh pembangun.

Aplikasi ini adalah percuma untuk semua pemilik The Witcher 3 dan boleh dimuat turun melalui GOG, Epic Games Store dan Steam, ia juga menyokong fungsi Steam Workshop Integaration.

Anda boleh layari laman rasmi untuknya bagi maklumat lanjut anda sekadar ingin melihat mod-mod yang ada.

The Witcher 3: Wild Hunt sudah dilancarkan sejak tahun 2015 dengan versi penambah-baikkan untuknya dilancarkan pada tahun 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini