Skip to main content

Astro dan RTM tealh bekerjasama untuk hadir dengan saluran sementara selama 24 jam iaitu ‘Malaysia4Palestine’ yang antaranya ingin memupuk kesdaran tentang krisis kemanusiaan di Palestin yang masih menjadi mangsa keganasan tentera Israel.

Saluran khas ini akan bermula pada 12 tengah hari 25 Mei sehingga 12 tengah hari 26 Mei 2024 melalui saluran 111 di Astro, Astro GO, sooka dan juga do RTM melalui Klik. Saluran ini akan disertakan secara percuma untuk semua pengguna. Saluran ini juga tersedia melalui NJOI, Cempak, Xuan dan Astro Ulagam.

Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin.

Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.

Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan. Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine seperti Dato’ M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Dato’ Dr Ahmad Faizal Perdaus, Dato’ Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, dan Nabil Ahmad.

Leave a Reply