Inflexion Studios melalui kemaskini 0.3 telah menyertakan mod luar talian untuk permainan ketahanan hidup mereka Nightingale. Mereka mengatakan yang mod ini merupakan sesuatu yang diminta oleh ramai pemain, dan ia disertakan bersama beberapa lagi kemaskini lain.
Mod luar talian adalah khusus untuk pemain yang ingin bermain secara berseorangan, ia membolehkan pemain untuk mengembara di Realms tanpa perlu mempunyai sambungan internet, ia juga boleh dimainkan semasa penyelenggaraan pelayan.
Beberapa penambahan untuk mod ini seperti menyediakan simpanan awan, memindahkan watak daripada mod dalam talian akan tiba dari semasa ke semasa.
Jika anda ingin melihat segala penambahan yang disertakan melalui kemaskini 0.3 ini anda boleh nota tampalan melalui pautan ini.
Nightingale sudah dilancarkan secara akses awal untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.