GSC Tayang Semula Filem Parasite Di Velvet

GSC telah mengumumkan yang filem Korea yang memenangi filem terbaik di Oscars 2020 Parasite menerima tayangan semula akan tetapi melalui pawagam Velvet sahaja. Anda sudah boleh dapatkan tiket untuk filem ini yang mempunyai satu waktu tayangan sahaja setiap hari.

Parasite merupakan filem arahan Bong Joon-ho yang ditayangkan pertama kali pada tahun 2019, filem ini telah mendapat penghargaan secara antarabangsa termasuk juga di Oscars 2020 di mana filem ini memenangi 4 anugerah.

Filem ini mengisahkan mengenai satu keluarga miskin yang melakukan penipuan dengan menyamar sebagai individu-individu tanpa sebarang pertalian dengan kelayakan berbeza untuk menjadi pembantu rumah kepada satu keluarga orang kaya.

Sohor Kini