One TV Asia telah mengumumkan siri K-Drama terbaru iaitu Connection akan disiarkan di saluran tersebut bermula pada 25 Mei 2024 iaitu 24 jam selepas ia disarkan di Korea Selatan. Siri ini akan tiba secara mingguan, melibatkan pelakon Ji Sung dan Jeon Mi Do.

Siri ini adalah mengenai detektif iaitu Jang Jae-Kyeong (Ji Sung) menyiasat mengenai kematian rakannya yang berkait dengan pelbagai korupsi dan pengedaran dadah. Siasatan tersebut turut berkait dengan Oh Yoon-Jin (Jeon Mi Do) yang merupakan seorang wartawan sedang menyiasat mengenai korupsi yang berlaku di kampung halamannya.

One TV Asia boleh ditonton melalui Astro, saluran 393 dan Unifit TV saluran 461.

Sohor Kini