EA Sports FC Tactical Dilancarkan Hari Ini Untuk iOS Dan Android

EA Sports telah mengumumkan penawaran terbaru di dalam siri FC mereka iaitu permainan mudah alih EA Sports FC Tactical akan dilancarkan pada 3 petang ini untuk iOS dan Android di beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Macau, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Jika anda melalukan pra-pendaftaran sebelum ini, anda mungkin sudah boleh memuat turun permainan ini tetapi pelayan masih ditutup dan akan dibuka pada pukul 3 petang ini.

Permainan ini menyertakan sesi permainan mengikut turutan, dengan pemain boleh memilih untuk melakukan beberapa jenis serangan berbeza seperti Dribbling, One-Two ataupun Passing. Manakala pihak lawan juga boleh menentukan cara bertahan yang berbeza.

Pemain boleh membentuk satu pasukan dengan pemain-pemain bola yang berlainan, mengikut EA terdapat lebih 5000 pemain sebenar akan disertakan di dalam permainan ini. Pemain juga boleh dapatkan gerakan skill berbeza.

Jika anda bermain permainan ini sebelum 31 Mei 2024 anda akan mendapat Icon Player, Premium Scout Tickerts, S Level Skill Move, FC Tactical Kit dan FC Tactical Founder Title.

Sohor Kini