Selepas 6 hujung minggu peringkat Knockout berlangsung, 12 pasukan terbaik telah melayakkan diri ke peringkat akhir untuk Free Fire World Series (FFWS) Asia Tenggara dengan Expand menjadi wakil tunggal Malaysia apabila berada di kedudukan 8 terbaik, manakala dua lagi pasukan dari Malaysia iaitu Todak dan HomeBois tersingkir apabila berada di kedudukan 16 dan 18.
11 lagi pasukan di peringkat akhir ini ialah Buriram United Eposrts, Reverse Red, Team Falcons, Attack All Around, Stalwart Esports dari Thailand, Evos Divine, Indostars, RRQ Kazu, Onic Olympus dari Indonesia dan P Esports serta WAG dari Vietnam.

Mereka akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul $300 ribu, selain itu 8 pasukan terbaik di peringkat akhir ini akan mendapat slot untuk Esports World Cup: Free Fire yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada bulan Julai ini untuk merebut hadiah terkumpul $1 juta.
Peringkat akhir FFWS ini akan berlangsung pada 24 Mei sehingga 26 Mei bermula pada 7 malam setiap hari, anda boleh mengikutinya melalui saluran rasmi Free Free di YouTube, TikTok dan Facebook.