Level Infinite telah mengumumkan yang pusingan kelayakan untuk Honor of Kings Invitational Musim 2 bagi pasukan-pasukan dari Malaysia akan bermula esok sehingga 26 Mei 2024. 8 pasukan yang terlibat adalah Team Secret, Nova Esports, LGD Gaming MY, Bleed Esports, SEM9, Axis Bosskur, Crit Esports dan GeGe.

Mereka akan bertanding secara kalah mati dengan setiap pusingan bermula dengan suku akhir dimainkan dengan format Bo3 kecuali peringkat akhir yang akan menggunakan format Bo5. Berikut adalah pertemuan untuk peringkat Suku Akhir:

  • Gege lwn Axis Bosskur
  • Bleed Esposrts lwn LGD Gaming MY
  • Team Secret lwn Nova Esports
  • SEM9 lwn Crit Esports

Pemenang bagi pusingan kelayakan ini akan terus melayakkan diri ke Honor of Kings Invitational Musim 2 manakala naib juara masih berpeluang untuk melayakkan diri tetapi perlu melalui Last Chance Qualified dengan bertemu dengan pasukan-pasukan di kedudukan sama dari Indonesia, Filipina, dan Myanmar/Kemboja.

Honor of Kings Invitational Musim 2 akan menawarkan hadiah terkumpul $300 ribu dan slot untuk ke Honor of Kings Invitational Midseason yang akan berlangsung ketik Esports World Cup dengan hadiah terkumpul $3 juta.

Perlawanan untuk pusingan kelayakan ini boleh diikuti melalui saluran Honor of Kings Global Esports di YouTube dan Facebook.

Level Infinite sebelum ini juga telah mengumumkan yang Honor of Kings akan dilancarkan secara global pada 20 Jun 2024.

Sohor Kini