Univesal Pictures telah berkongsi treler terbaru untuk filem Wicked iaitu filem muzikal berdasarkan teater berjudul sama oleh Stephen Schwartz yang merupakan adaptasi kepada novel berjudul sama oleh Gregory Maguire. Filem ini akan ditayangkan pada 28 November 2024 dan akan mempunyai dua bahagian.

Filem ini adalah mengenai dua pelajar Shiz University di Land of Oz iaitu Elphaba lakonan Cynthia Erivo yang sering disisih kerana kulitnya berwarna hijau, dan Glinda lakonan Ariana Grande. Keinginan hati mereka berdua telah membawa ke satu pengembaraan yang memberi kesan kepada kisah kehidupan mereka.

Pelakon lain yang terlibat ialah Michelle Yeoh, Jeff Goldblum, Jonathan Bailey, Ethan Slater, Marissa Bode, Bowen Yang, Bronwyn James, Keala Settle dan Peter Dinklage. Filem ini diarahkan oleh Jon M. Chu dan ditulis oleh Winnie Holzman.

Sohor Kini