Prime Video telah berkongsi treler acah untuk musim kedua siri The Lord of the Rings: The Rings of Power yang akan disiarkan di platform tersebut pada 29 Ogos 2024.

Treler in memperlihatkan beberapa watak yang akan kembali untuk musim kedua seperti Galadriel, Elrond, Prince Durin IV, Arondir, dan Celebrimbor. Ia juga memperlihatkan Sauron dan lebih banyak cincin dihasilkan. Musim ini memfokuskan Sauron selepas dihalau oleh Galadriel cuba menghasilkan Rings of Power untuk mengawal cincin-cincin lain.

Sebelum ini, Warner Bros juga telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem baharu The Lord of the Rings dengan Andy Serkis akan kembali membawa watak Gollum dan juga menjadi pengarah untuknya.

Sohor Kini