Cygames Membuka Cawangan Terbaru Di Singapura

Cygames iaitu studio permainan video dari Jepun yang membangun dan menerbitkan permainan seperti Granblue Fantasy, Shadowverse, dan Little Noah telah mengumumkan pembukaan cawangan antarabangsa terbaru iaitu di Singapura.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2017 di Jepun, Cygames telah membuka cawagan antarabangsa bermula di Korea, Taiwan dan diikuti di Amerika dan juga Eropah pada tahun lepas dan buat pertama kali di Asia Tenggara melalui cawangan di Singapura ini.

Cawangan di Singapura ini akan memfokuskan kepada promosi dan pemasaran di Asia dan Masafumi Chiba akan menjadi Pengarah Pengurusan.

Sohor Kini