Netflix telah berkongsi treler untuk Ultraman: Rising iaitu filem animasi terbaru oleh mereka berdasarkan watak terkenal Ultraman. Di dalam filem ini, Ken Sato merupakan atlit besbol yang mewarisi tanggungjawab Ultraman dari bapanya.

Kurang pengalaman menjadi Ultraman, dia sering melakukan lebih banyak masalah berbanding membantu penduduk Tokyo. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila tanpa disedari dia telah menjumpai telur kaiju, dan kaiju di dalamnya telah menganggap dia sebagai bapa.

Filem ini dihasilkan dengan kerjasama di antara Netflix, Tsuburaya Productions, dan Industrial Light & Magic. Ia ditulis oleh March Haimes dan Shannon Tindle yang juga pengarah bersama dengan John Aoshima.

Ultraman: Rising akan disiarkan pada 14 Jun 2024.

Sohor Kini