The First Omen Ke Disney+ Hotstar Hujung Bulan Ini

Disney+ Hotstar Malaysia telah mengumumkan yang The First Omen iaitu filem terbaru di dalam siri filem seram Omen akan disiarkan di platform tersebut pada 30 Mei 2024 selepas ditayangkan di pawagam pada 4 April lepas.

The First Omen merupakan filem prekuel kepada The Omen yang ditayangkan pada tahun 1976, pada masa yang sama ia juga boleh dikatakan sebagai permulaan baharu ataupun reboot bagi francais ini. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan The First Omen.

Filem ini diarahkan oleh Arkasha Stevenson dengan senarai pelakon seperti Nell Tiger Free, Tawfeek Barhom, Sonia Braga, Ralph Ineson dan Bill Nighy.

Sohor Kini