Bagi peminat-peminat pelagak, satu lagi berita baik iaitu RetroArch juga dilancarkan untuk iPhone, iPad dan membawa pelagak buat pertama kali ke Apple TV. RetroArch secara teknikalnya bukan pelagak, tetapi ia merupakan frontend bagi pelagak.

Secara sendirinya ia tidak boleh memainkan mana-mana permainan sebaliknya ia memerlukan pelagak lain yang digelar sebagai ‘Core’, di dalam RetroArch terdapat lebih 40 core yang terpasang seperti Atari, Commodore, Nintendo DS, Nintendo Game Boy, NES, SNES, Genesis dan PlayStation.

Selain menyokong pelagak-pelagak ini, RetroArch juga menyokong Netplay, alat kawalan, penggunaan Gyro, pemetaan alat kawalan dan pelbagai lagi. Mereka juga merancang untuk melancarkan aplikasi ini di macOS.

App Store: RetroArch

Sohor Kini