3 Body Problem Disahkan Menerima Musim Kedua

Netflix telah mengumumkan yang siri fiksyen sains mereka iaitu 3 Body Problem akan menerima musim kedua dengan David Benioff, D.B. Weiss dan Alexander Woo akan kembali sebagai penerbit dan penulis untuk meneruskan penceritaan berdasarkan buku oleh Liu Cixin.

Musim pertama untuk siri ini mula disiarkan pada 21 Mac lepas dan mempunyai 8 episod, buat masa ini masih tidak disahkan jumlah episod untuk musim kedua dan juga pelakon-pelakon yang akan kembali dan juga pelakon baharu yang akan diperkenalkan.

3 Body Problem menjadi antara siri popular di Netflix dengan berada di kedudukan No. 1 selamat tiga minggu dan 7 minggu di Top 10 secara global. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan 3 Body Problem (2024).

Sohor Kini