Pelagak PSP Kini Ditawarkan Untuk iPhone Dan iPad – PPSSPP

Selepas Apple mula membenarkan pelagak ditawarkan di App Store, sudah ada dua pelagak popular yang ditawarkan iaitu Delta untuk sebilangan konsol Nintendo, Gamma untuk PS One dan terbaru, PPSSPP pula dilancarkan iaitu pelagak untuk PlayStation Portable (PSP).

PPSSPP merupakan pelagak untuk PSP yang sudah dibangunkan sejak tahun 2012 dan merupakan pelagak sumber terbuka. Ia dibangunkan pada asalnya oleh Henrik Rydgard yang juga merupakan individu bertanggungjawab memuat-naik ke App Store ini.

Menurut kenyataan yang ditulis di App Store, PPSSPP boleh memainkan hampir kesemua permainan-permainan PSP yang dilancarkan tanpa sebarang masalah. Seperti biasa, pelagak ini tidak akan menyediakan sebarang permainan dan pemain boleh menukar sendiri permainan yang dimiliki mereka ke fail .ISO atau .CSO.

App Store: PPSSPP – PSP Emulator

Sohor Kini