Ubisoft telah mengumumkan yang permainan seterusnya di dalam siri Assassin’s Creed iaitu Assassin’s Creeds Shadows akan dilancarkan pada 15 November 2024. Seperti ura-ura, ia akan berlatar tempatkan di Jepun dan memfokuskan kepada dua watak utama.

Shadows berlatar masakan kurun ke-16 di Jepun melalui dua watak iaitu Naoe yang merupakan shinobi Assassins daripada Iga dan Yasuke iaitu samurai berkulit hitam yang berdasarkan sejarah Jepun. Pemain boleh menggunakan kedua-dua watak yang mempunyai gaya pertempuran tersendiri.

Permainan ini juga kembali membawa tatamain dunia terbuka dengan pemain boleh mengembara kawasan di Jepun ini dan melalui perubahan cuaca dan juga musim. Melaluinya pemain akan membentuk rangkaian pengintip yang tersendiri. Video tatamain akan dikongsi pada bulan Jun ini.

Assassin’s Creeds Shadows akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC dan Mac yang menggunakan cip Apple Silicon.

Sohor Kini