GSC telah mengumumkan yang selain menutup beberapa cawangan sebelum ini, mereka juga membuka cawangan baharu iaitu pada 20 Mei ini di KL East Mall. Cawangan baharu ini antaranya akan menyertakan dewan IMAX dan PlayPark.

GSC sebelum ini dilaporkan sedang melakukan langkah pembaharuan rangkaian dengan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang strategik. Mereka juga akan menambah-baik pawagam sedia ada seperti GSC Central Square Sungai Petani dan GSC Amanjaya Mall.

Sohor Kini