Abang Adik Tiba Di Netflix Pada 14 Jun Ini

Netflix hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menyiarkan filem tempatan Aband Adik pada 14 Jun 2024, selepas ditayangkan di Malaysia pada akhir tahun lepas.

Filem ini adalah ‘Abang’ yang mempunyai masalah pendengaran dan ‘Adik’ yang walaupun tidak mempunyai pertalian darah tetapi hidup bersama di dalam kesukaran sebagai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan yang sah.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Jin Ong, dengan pelakon oleh Wu Kang Ren dan Jack Tan. Sepanjang tayangan di Malaysia, Taiwan dan Hong Kong filem ini mengutip RM10 juta dengan bajet untuknya adalah RM3 juta.

Anda boleh baca ulasan kami untuk filem ini di pautan berikut – Ulasan Abang Adik.

Sohor Kini