Prime Video telah mengumumkan siri animasi Batman: Caped Crusader akan tiba di platform tersebut pada 1 Ogos 2024 dengan kesemua 10 episod akan disertakan secara terus. Siri ini dihasilkan oleh Warner Bros. Animation, Bad Robot Productions dan 6th & Idaho.

Menurut pencipta bersama iaitu Matt Reeves, J. J. Abrams dan Bruce Timm, Batman: Caped Crusader membawa penceritaan yang berlainan untuk mitos Batman dengan ia digambarkan sebagai thrilling, cinematic, dan evocative dengan Batman noir menjadi inspirasi utama.

Siri ini pada awalnya diumumkan untuk Cartoon Network dan HBO Max, namun selepas Warner Bros. bergabung dengan Discovery, ia ditawarkan ke platform lain dan diambil oleh Amazon dengan dua musim sudah ditempah.

Sohor Kini