Skip to main content

Garena dan Kadokawa Corporation telah mengumumkan yang mereka akan bekerjasama untuk terbitkan siri anime berdasarkan permainan battle royale Garena Free Fire. Siri anime ini akan dihasilkan oleh studio anime Jepun dengan Kadokawa Qingyu akan menjadi pengurus penerbitan.

Buat masa ini masih tiada tarikh ataupun platform yang dinyatakan, tetapi mereka mengatakan yang siri ini akan distrim dan disiarkan secara global. Sebarang jenama yang berminat untuk terlibat dengan siri ini boleh menghubungi Garena  ([email protected]) atau Kadokawa Qinyu ([email protected]) untuk maklumat lanjut.

Garena Free Fire sudah dilancarkan di iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply