Bermula sejak bulan Mac lagi, peringkat liga untuk Mobile Legends Profesional League (MPL) Malaysia Musim 13 akhirnya berakhir hujung minggu lepas yang memperlihatkan pasukan Red Giants Esports mendapat tempat pertama dengan rekod bersin tanpa sebarang kekalahan.

Di tempat kedua adalah HomeBois yang hanya tewas sekali kepada Red Giants Esports, pasukan lain yang melayakkan diri ke peringkat kalah mati pula adalah TODAK, RSG Malaysia, Team HAQ dan King Empire.

Manakala NINERS dan Monster Vicious yang berada di tempat ke-7 dan ke-8 tersingkir tetapi akan kembali pada musim seterusnya, manakala Barracuda Esports akan bertemu dengan pasukan yang mendapat tempat kedua daripada Mobile Legends Academy Leagues (MAL) Malaysia untuk terus mendapat slot di dalam MPL.

Manakala Bountee Esports yang berada di tempat ke-10, tersingkir ke MAL untuk memberi peluang kepada juara MAL Musim 1 mencuba nasih di dalam MPL Musim 14 kelak.

Bagi peringkat kalah mati yang akan bermula pada 30 Mei sehingga 2 Jun, TODAK akan bertemu King Empire untuk menentukan lawan Red Giants Esports di peringkat Separuh Akhir dan RSG Malaysia akan bertemu dengan Team HAQ untuk menentukan lawan Homebois.

Sohor Kini