Asus melalui The Verge mengatakan yang mereka akan mengumumkan secara rasmi model terbaru untuk PC mudah alih iaitu ROG Ally X pada bulan Jun ini dengan penjualan dijangka dalam masa terdekat, jika tidak hari yang sama.
Mereka tidak berkongsi secara lanjut mengenai spesifikasi bagi ROG Ally X ini akan tetapi mengatakan yang ia akan ditawarkan dengan pilihan cip Z1 Extreme sahaja dan menyertakan saiz bateri yang lebih besar, dengan kapasiti tambahan sekurang-kurangnya 40% lebih besar.
Ally X juga akan disertakan dengan RAM yang lebih besar berbanding 16GB yang ditawarkan sekarang, selain itu slot SSD juga akan menyokong M.2 2280 memberi lebih pilihan kepada kapasiti yang lebih besar berbanding terhad kepada M.2 2230.
Selain daripada itu, Ally X akan terus mengekalkan skrin yang sama iaitu 7-inci dan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Namun, ia akan ditawarkan dengan warna baharu iaitu hitam.
Baca – Ulasan ROG Ally.