Marvel telah mengumumkan yang Ralph Ineson akan membawa watak Galactus untuk filem ‘The Fantastic Four’. Galactus merupakan watak antagonis yang membuat penampilan pertama kali di dalam komik Fantastic Four #48 yang diterbitkan pada tahun 1966.

Ralph Ineson akan menyertai senarai pelakon yang diumumkan sebelum ini iaitu Ebon Moss-Bachrach sebagai The Thing, Joseph Quinn sebagai Johnny Storm, Vanessa Kirby sebagai Sue Storm dan Pedro Pascal sebagai Mr Fantastic.

Selain karier lakonan, Ralph Ineson juga popular dengan penglibatan beliau di dalam permainan video terutama yang terbaru untuk watak Lorath di dalam Diablo IV dan Cidolfus di dalam Final Fantasy XVI.

Filem ini dirancang untuk ditayangkan pada pada 25 Julai 2025 bersama dengan Captain America: Brave New World, Thunderbolts dan Blade untuk filem MCU yang akan tiba pada tahun depan.

Sohor Kini