Skip to main content

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melalui temubual yang dilakukan sebelum tayangan khas filem Sheriff: Narko Integriti minggu ini (dilaporkan oleh RTM) mengatakan yang pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengatakan perbincangan secara berkala bersama dengan pihak telegram dan antara isu yang berbangkit adalah isu cetak rompak.

Telegram yang membolehkan perkongsian fail yang besar sering menjadi tempat untuk pengguna berkongsi filem serta siri TV cetak rompak, bahkan terdapat kumpulan Telegram yang khusus untuk perkara tersebut.

Sumber Gambar: Fahmi Fadzil (X)

Tambah beliau lagi yang buat masa ini, pihaknya (SKMM) sedang menambah baik proses perbincangan termasuk juga menyediakan dokumen-dokumen yang berkait, Fahmi Fadzil juga mengatakan yang disebabkan Telegram tidak berpangkalan di Malaysia menyebabkan mereka kurang memahami undang-undang tempatan.

Telegram pernah disekat di Sepanyol kerana isu cetak rompak, menurut mahkamah Telegram gagal untuk memberi kerjasama di dalam mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fail cetak rompak tersebut, akan tetapi sekatan tersebut tidak diteruskan selepas menerima tentangan daripada pengguna dan pembangkang, sekatan itu dibatalkan.

Leave a Reply