Acer Malaysia telah menawarkan secara rasmi Predator Helios Neo 14 di pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan harga RM7,799 dan setiap pembelian sebelum 24 Mei 2024 akan disertakan bersama bagasi Acer Melbourne bernilai RM999.

Predator Helios Neo 14 ini hadir dengan skrin 14.5-inci, resolusi WQXGA+ (3072 x 1920), dengan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz. Cip pemprosesan ia menggunakan Intel Core Ultra 9 185H dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060.

Laptop ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI seperti Acer PurifiedVoice untuk membuang bunyi persekitaran dan Acer PurifiedView untuk memberikan video daripada webcam yang lebih baik. Bagi memudahkan untuk mengakses Copilot, butang khas disertakan di papan kekunci.

Predator Helios Neo 14 boleh didapatkan melalui Acer eStore, gedung rasmi Acer di Shopee dan Lazadar, dan juga pengedar-pengdar rasmi seluruh Malaysia.

Sohor Kini