Genshin Impact telah mengumumkan yang melalui kemaskini versi 5.0 mereka akan mempertingkatkan visual dan juga fungsi di dalam permainan tersebut yang akan memerlukan peranti dengan spesifikasi yang lebih tinggi.
Bagi memastikan prestasi untuk platform dan peranti lama tidak terjejas, mereka juga mengatakan akan mengurangkan kualiti grafik di peranti berikut:
- Kesemua model PlayStation 4
- Peranti iOS yang menggunakan cip A12 dan ke bawah
- Peranti Android yang menggunakan Snapdragon 865, Dimensity 1200, Kirin 9000SL atau Samsung Exynos 1080 dan ke bawah.
Antara perubahan yang akan dilakukan adalah semasa bermain Genshin Impact, resolusi untuk sesetengah gambar, objek dan juga kesan visual akan dikurangkan. Kemaskini versi 5.0 dijangkan tiba sekitar bulan Ogos atau September.
Anda juga boleh baca spesifikasi baharu untuk Genshin Impact di pautan ini.
Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.