Corsair telah mengumumkan yang mereka sedang melakukan rundingan untuk mengambil-alih Endor AG iaitu pemilik jenama Fanatec pengeluar perkakasan simulasi lumba yang sudah ditubuhkan sejak tahun 1997.

Semasa rundingan ini sedang dijalankan, Corsair sudah bersetuju untuk memberikan dana kewangan jangka pendek dan akan menstruktur semula hutang bernilai €70 juta yang akan membawa kepada pengambil-alihan penuh.

Di dalam kenyataan bersama dengan pengumuman ini, CEO Corsair Andy Paul mengatakan yang Fanatec merupakan satu jenama yang mempunyai komuniti yang besar dan percaya yang Corsair merupakan rumah yang bersesuaian untuk pengguna, pekerja dan rakan kongsi Fanatec.

Sohor Kini