Blizzard telah mengumumkan yang Diablo Immortal akan menerima kelas baharu pada 23 Mei ini iaitu Tempest yang akan menjadi kelas kelapan bagi permainan tersebut menyertai Blood Knight, Demon Hunter, Necromancer, Crusader, Monk, Wizard dan Barbarian.
Tempest merupakan kelas yang menggunakan dua bilah pedang dan mementingkan kepantasan serangan dan juga menggunakan kuasa elemental. Maklumat lanjut untuk kelas Tempest ini akan dikongsi kemudian.
Diablo Immortal sudah dilancarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.