Sega telah mengumumkan yang Sonic Rumble akan dilancarkan pada akhir tahun ini, ataupun awal tahun depan untuk iOS dan juga Android. Ia merupakan permainan multi-pemain seperti Fall Guys, di mana pemain akan bertempur dengan 31 pemain lain untuk menjadi juara dengan melalui pelbagai peringkat berbeza.

Mereka juga mengumumkan pendaftaran untuk sesi beta tertutup kini dibuka sehingga 19 Mei tetapi terhad untuk pemain-pemain di Amerika Syarikat sahaja. Sesi beta tertutup ini akan bermula pada 24 Mei sehingga 26 Mei 2024.

Selain itu, Sega juga telah melancarkan Sonic Mania untuk penawaran permainan video di dalam Netflix.

Sohor Kini