Mengikut jejak PlayStation dan Xbox sebelum ini, Nintendo telah mengumumkan yang Nintendo Switch tidak lagi menyokong integrasi dengan X (Twitter) bermula pada 10 Jun 2024. Ini akan memberi kesan kepada perkongsian tangkapan skrin, video dan juga mencari rakan melalui akaun X.

Nintendo juga mengatakan yang buat masa ini sokongan untuk Facebook akan diteruskan tetapi ia mungkin turut dihentikan di masa hadapan. Buat masa ini, satu cara untuk berkongsi tangkapan skrin dan video boleh dilakukan dengan memindahkan fail tersebut ke peranti pintar terlebih dahulu.

Mereka tidak mengumumkan sebab penamatan integrasi ini, akan tetapi berkemungkinan besar disebabkan oleh X memerlukan bayaran jika mana-mana syarikat ingin menggunakan API mereka bagi perkhidmatan ini.

Sohor Kini