Netflix telah mengumumkan yang penggambaran untuk musim kedua Wednesday kini bermula di Ireland dengan sebilangan pelakon daripada musim pertama akan kembali, bersama dengan beberapa senarai pelakon baharu dan juga dua pelakon yang tidak akan kembali.

Pelakon utama seperti Jenna Ortega dan Emma Myers akan kembali bersama Catherine Zeta-Jones, Luis Guzmán, Isaac Ordonez dan Luyanda Unati Lewis-Nyawo yang berbanding watak sampingan sebelum ini, menjadi watak lebih penting pada musim ini.

Percy Hynes White yang membawa watak Xavier Thorpe iaitu watak yang penting di dalam musim pertama tidak akan kembali, namun tiada sebab yang dinyatakan oleh Netflix. Dia sebelum ini terlibat dengan tuduhan gangguan seksual. Selain itu, Naomi J Ogawa yang membawa watak Yoko Tanaka juga tidak akan kembali, tetapi wataknya sampingan sahaja di musim pertama.

Wednesday. (Kiri ke Kanan) Georgie Farmer, Victor Dorobantu, Luyanda Unati Lewis-Nayo, Joy Sunday, Owen Painter, Emma Myers, Billie Piper, Jenna Ortega, Evie Templeton, Luis Guzmán, Isaac Ordonez, Catherine Zeta-Jones, Alfred Gough, Noah Taylor, Miles Millar, Tim Burton, Steve Buscemi, Moosa Mostafa, Hunter Doohan di set penggambaran untuk Wednesday musim 2. Kr. Helen Sloan/Netflix © 2024

Pelakon utama baharu yang akan terlibat pula adalah Steve Buscemi, Billie Piper, Evie Templeton, Owen Painter dan Noah Taylor bersama dengan pelakon sampingan seperti Christopher Lloyd, Joanna Lumley, Thandiwe Newton dan Haley Joel Osment.

Bersama dengan pengumuman ini, Netflix juga melancarkan saluran TikTok iaitu “Thing Tok” yang memfokuskan kandungan Wednesday berdasarkan perspektif Thing.

Sohor Kini