Seperti yang diumumkan sebelum ini, Supergiant Games akhirnya melancarkan Hades 2 secara akses awal untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store. Menurut mereka, Hades 2 akan berada di dalam akses awal sekurang-kurangnya sepanjang tahun ini.

Hades 2 berlaku selepas kejadian di dalam permainan pertama dan akan memfokuskan kepada watak Melinoe. Menurut mitos Yunani, Melinoe adalah anak kepada Zeus bersama dengan Persephone sama seperti Zagreus daripada permainan pertama.

Namun, di dalam permainan ini Zagreus adalah anak kepada Hades bersama dengan Persephone, dan Supergiant Games juga mengatakan yang Melinoe adalah adik kepada Zagreus oleh itu berkemungkinan Melinoe juga adalah anak kepada Hades berbanding Zeus.

Hades 2 ditawarkan dengan harga RM72 di Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini