Disney+ telah berkongsi treler kedua untuk The Acolyte iaitu siri terbaru di dalam dunia Star Wars yang akan mula disiarkan pada 4 Jun 2024 dengan menerima 2 episod, diikuti 6 episod lagi yang akan tiba secara mingguan.

Siri ini memfokuskan kepada kisah 100 tahun sebelum Star Wars: Episode 1 mengenai satu kejadian misteri yang tampaknya menyasarkan Jedi dan melibatkan Jedi Master bertemu dengan bekas pandawan yang telah mengikut laluan berbeza.

Antara pelakon ialah Amandla Stenberg, Lee Jung-jae, Manny Jacinto, Dafne Keen, Charlie Barnett, Jodie Turner-Smith, Rebecca Henderson, Dead-Charles Chapman, Joonas Suotamo, dan Carrie-Anne Moss. Showrunner untuk siri ini ialah Leslye Headland dengan George Lucas, Kathleen Kennedy, Simon Emanuel, Jeff F. King dan Jason Michallef sebagai Penerbit Eksekutif. Ia diarah oleh Leslye Headland, Kogonada, Alex Garcia Lopez dan Hanelle Culpepper.

Sohor Kini