Skip to main content

Nintendo telah mengumumkan prestasi kewangan mereka untuk suku lepas, yang telah mengumumkan Nintendo Switch telah terjual sebanyak 1.96 juta unit untuk tiga bulan lepas, membawa kepada 141.32 juta unit secara keseluruhannya.

Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa juga telah mengumumkan yang Nintendo Switch generasi baharu akan diumumkan pada tahun fiskal ini yang berakhir pada bulan Mac tahun depan. Beliau juga mengatakan yang Nintendo Direct akan berlangsung pada bulan Jun ini tetapi tidak akan menyentuh mengenai pengganti kepada Nintendo Switch tersebut.

Nikkei sebelum ini telah melaporkan yang Nintendo berkemungkinan untuk melancarkan Nintendo Switch baharu pada bulan Mac 2025 yang mungkin menandakan pengumuman akan dilakukan pada akhir tahun ini.

Berdasarkan ura-ura sebelum ini, Nintendo Switch baharu ini ataupun “Nintendo Switch 2” akan kembali menggunakan LCD berbanding OLED, akan tetapi menyertakan saiz skrin yang lebih besar berbanding sekarang. Ia juga dikatakan akan menyokong Ray Tracing dan juga DLSS, dan akan terus kekal sebagai konsol hibrid.

Leave a Reply