Apple Arcade telah mengumumkan yang empat permainan baharu akan menyertai perkhidmatan tersebut pada 6 Jun 2024. Empat permainan tersebut adalah Rabbids: Legends of the Multiverse, Return to monkey Island, Tomb of the Mask dan Fabulous – Wedding Disaster.

Rabbids: Legends of the Multiverse merupakan permainan baharu yang dibangunkan oleh Ubisoft berdasarkan dunia Rabbids. Ia merupakan permainan berasaskan pembinaan dek menggunakan watak-watak daripada siri ini. Ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun melawan pemain lain melalui PvP arena.

Return to Monkey Island+ pula merupakan permainan terbaru di dalam siri Monkey Island, ia merupakan permainan pengembaraan point-and-click yang dibangunkan oleh Terrible Toybox dan diterbitkan oleh Devolver Digital. Permainan ini sudah dilancarkan pada tahun 2022 untuk konsol dan PC, sebelum ditawarkan di peranti pintar pada tahun 2023.

Tomb of the Mask+ merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Playgendary yang membolehkan pemain untuk memakai pelbagai jenis topeng yang mempunyai ‘power-up’ yang berlainan. Kesemua ini disampaikan dengan grafik gaya retro.

Fabulous – Wedding Disaster+ merupakan permainan mengurus masa yang bertemakan perkahwinan. Pemain akan menjadi pengurus perkahwinan dan perlu memastikan acara perkahwinan berlangsung dengan jayanya. Permainan ini dibangunkan oleh GameHouse.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Sohor Kini