Skip to main content

Apex Legends akan memasuki musim baharu pada 1 pagi esok melalui musim yang digelar sebagai Upheaval. Musim ini antaranya memperkenalkan Legend baharu iaitu Alter bersama dengan acara-acara masa terhad yang lain.

Alter merupakan Legend di dalam kelas Skirmisher dengan kebolehan memfokuskan kepada mendapat barangan dan juga mencipta portal untuk rakan dan lawan. Bagi kebolehan pasif iaitu ‘Gift from the Rift’ Alter boleh berinteraksi dengan deathbox dari jauh untuk mengambil satu barang.

Manakala kebolehan Tactical adalah ‘Void Passage’ membolehkan Alter menghasilkan portal melalui satu permukaan, manakala Ultimate pula ‘Void Nexus’ membolehkan Alter untuk menjadikan satu lokasi sebagai tempat untuk rakan pasukan kembali.

Selain itu musim baharu ini juga akan membawa Solo Takeover mengantikan Duos sebelum ini, acara masa terhad Broken Moon Shatters dan fungsi baharu iaitu Apex Artifacts membolehkan pemain untuk menghasilkan calling card tersendiri.

Apex Legends sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply