Ubisoft telah mengumumkan yang Assassin’s Creed Mirage untuk iPhone 15 Pro dan juga untuk iPad Air serta iPad Pro yang menggunakan cip M1 atau lebih terkini akan dilancarkan pada 6 Jun 2024. Permainan ini sudah dilancarkan untuk konsol dan PC pada tahun lepas.

Baca ulasan kami untuknya – Ulasan Assassin’s Creed Mirage.

Assassin’s Creed Mirage merupakan permainan terbaru di dalam siri Assassin’s Creed dengan menyertakan tatamain seperti permainan awal untuknya dengan ia dimainkan lebih linear dan bukan dunia terbuka seperti permainan sebelum ini.

Menurut Ubisoft, apabila Mirage dilancarkan kelak, pemain boleh mencuba selama 90 minit secara percuma sebelum perlu melakukan pembelian di dalam permainan. Mereka masih tidak mengumumkan harga untuk permainan ini tetapi sudah menyenaraikan beberapa DLC yang ditawarkan dari RM22.90 sehingga RM69.90. Pembelian permainan ini juga menyokong Universal Purchase membolehkan ia dimainkan di iPhone dan juga iPad tanpa bayaran tambahan.

Assassin’s Creed Mirage menyertai beberapa permainan AAA lain seperti Residen Evil Village dan Death Stranding Director’s Cut yang sudah dilancarkan untuk peranti terbaru Apple.

Sohor Kini