LG telah memperkenalkan monitor gaming UltraGear OLED dengan teknologi Dwi-Hz. Melalui teknologi ini, pengguna boleh menukar monitor ini untuk mendapat paparan dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 240Hz atau resolusi 1080 dengan kadar segar semula 480Hz.

Monitor ini ditawarkan dengan model 39-inci (39GS95QE) atau 34-inci (34GS95QE) menggunakan panel OLED, dengan kadar reaksi GTG 0.03ms. UltraGear OLED mempunyai reka bentuk Unity Hexagonal dengan kelengkungan 800R.

Kedua-dua model monitor ini sudah boleh di pra-tempah yang dibuka sehingga 19 Mei 2024 melalui Lazada dengan harga RM6,999 dan RM5,999.

Sohor Kini