Skip to main content

Zynga telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Star Wars Hunters untuk Nintendo Switch, iOS dan Android pada 4 Jun 2024. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam permainan ini, anda boleh memilih pelbagai watak yang dibahagikan kepada 3 kelas berbeza iaitu Damage, Tank dan Support. Permainan ini akan dilancarkan dengan 12 watak, dengan watak tambahan akan disertakan dari semasa ke semasa termasuk juga Aran Tal.

Anda boleh melakukan pra-pendaftaran di laman rasmi permainan untuk mendapat ganjaran menarik apabila ia dilancarkan kelak. Permainan ini juga sudah dilancarkan secara awal untuk pemain di Malaysia yang menggunakan Android.

Leave a Reply