Skip to main content

Bloomberg hari ini telah melaporkan yang sebahagian daripada pembuangan pekerja oleh Take-Two Interactive yang akan melibatkan 5% ataupun sekitar 600 pekerja, dua studio akan ditutup iaitu Roll7 yang membangunkan permainan seperti OlliOlli dan Rollerdrome, dan juga Intercept Games yang sedang membangunkan Kerbal Space Program 2.

Kedua-dua studio ini merupakan sebahagian daripada Private Division iaitu studio penerbitan di bawah Take-Two Interactive yang bertanggungjawab menerbitkan permainan-permainan kecil dan medium. Private Division mengambil alih Roll7 pada tahun 2021 dan menubuhkan Intercept Games pada tahun 2020 selepas “mencuri” pekerja-pekerja Star Theory pembangun asal Kerbal Space Program 2.

Take-Two Interactive mengumumkan yang mereka akan membuang 5% pekerja pada bulan lepas, iaitu tidak lama selepas mengumumkan bakal mengambil-alih Gearbox Entertainment dengan nilai $460 juta (RM2.1 bilion) daripada Embracer Group. Take-Two Interactive merupakan syarikat induk untuk Rockstar Games dan 2K.

Leave a Reply