HoYoverse telah mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Zenless Zone Zero membuka sesi pra-pendaftaran di setiap platform iaitu iOS dan Android melalui App Store dan Play Store, PC melalui laman rasmi mereka, dan di PS5 melalui PS Store.

Jika pra-pendaftaran ini menerima lebih 40 juta pendaftaran, pelbagai ganjaran dijanjikan termasuk juga 20 Master Tapes. Buat masa ini, HoYoverse sekadar mengatakan yang ia akan tiba sekitar tahun ini, akan tetapi berdasarkan penyenaraian di App Store, ia dijangka tiba pada 4 Julai 2024.

Zenless Zone Zero akan dilancarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini