FuturLab telah mengumumkan yang PowerWash Simulator mempunyai 12 juta pemain sejak dilancarkan pada tahun 2021 secara akses awal sebelum dilancarkan secara penuh lebih kurang setahun kemudian. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga melancarkan laman sesawang baharu untuk syarikat mereka – https://www.futurlab.co.uk/.
PowerWash Simulator merupakan permainan simulasi mencuci kotoran pelbagai kawasan berbeza, pemain akan menjadi pemilik kepada syarikat pencuci dan akan menerima tempahan-tempahan berbeza. Permainan ini juga melakukan kolaborasi dengan pelbagai IP lain seperti SpongeBob SquarePants, Back to the Future dan Warhammer 40,000.
Permainan ini sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia juga mempunyai versi realiti maya yang dilancarkan untuk Meta Quest.