Prime Video hari ini telah mengumumkan yang siri TV terbaru mereka iaitu Fallout akan menerima musim kedua selepas musim pertama yang sudah boleh ditonton menerima penerimaan yang sangat baik, dengan ramai mengatakan ia merupakan adaptasi permainan video terbaik pernah dihasilkan.

Fallout merupakan siri berdasarkan permainan berjudul sama yang diterbitkan oleh Bethesda, siri ini memfokuskan kepada Lucy MacLean lakonan Ella Purnell yang merupakan vault dweller iaitu orang yang tinggal di dalam Vault semasa peperangan nuklear, keluar daripada vault untuk mencari bapanya yang diculik.

Siri ini diselia oleh Graham Wagner dan Geneva Robertson-Dworet yang dijangka akan kembali untuk musim kedua.

Sohor Kini