Deep Silver dan Warhorse Studios telah mengumumkan yang Kingdom Come Deliverance II akan dilancarkan pada tahun ini, dan akan meneruskan pengembaraan Henry iaitu watak utama untuk permainan pertama.
Permainan kedua ini akan menyertakan dua kawasan baharu yang dua kali ganda lebih luas berbanding kawasan di dalam permainan pertama, ini termasuklah Trosky Castle dan juga Kuttenberg yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Selain itu, penceritaan juga dikembangkan lagi dengan menyertakan lebih 5 jam adegan (cutscene), sistem pertempuran pula dihasilkan untuk lebih memudahkan akan tetapi masih mendalam dan membawa sesi pertempuran yang realistik.
Kingdom Come: Deliverance II dilancarkan lewat tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.