Sony Interactive Entertainment dan Shift Up telah mengumumkan yang acara pelancaran untuk permainan Stellar Blade di Malaysia akan berlangsung pada 27 April ini di Tropicana Gardens Mall Convention Centre bersempena dengan acara Anime Fest+ 2024.

Ketika acara ini, pengunjung berpeluang untuk “meet and greet” dengan Le Josette yang akan cosplay sebagai EVE iaitu watak utama untuk permainan ini. acara ini terhad kepada 50 orang pengunjung sahaja.

Jika berminat untuk menyertai acara tersebut, anda perlu melakukan pra-tempahan untuk Stellar Blade secara digital ataupun fizikal dan mengisi borang ini. Penyertaan akan ditutup pada 21 April 2024.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk mencuba demo permainan tersebut dan mendapatkan pelbagai barangan dengan menyertai aktiviti yang disediakan, antaranya barangan yang disertakan adalah pemacu USB, rekod vinil dan juga pelekat.

Stellar Blade akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 26 April 2024, anda boleh baca Pandang Pertama Stellar Blade.

Sohor Kini